Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

A warm welcome to my humble space in cyberland. I hope you'll have a meaningful visit.
Assalamualaikum,

Mari kita ramai-ramai berselawat ke atas kekasih kita ini. Disamping itu, kita cube lah untuk menjalankan segala sunnah baginda yerr..


Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, Allah melantik kekasihnya (Nabi Muhammad S.A.W) daripada kalangan "Anak Yatim" adalah supaya Allah dapat menjaga baginda sendiri, tidak ada campur tangan didikan ibu bapa baginda. Di sini, saya ingin sertakan cerita yang membuktikan bahawa Nabi Muhammad dijaga oleh Allah :)

Kisah Pertama :

Sewaktu nabi masih kanak-kanak, baginda bermain satu permainan yang melibatkan kain yang dipakai oleh baginda perlu diikat di leher, untuk dijadikan tempat untuk meletakkan batu-batu yang telah dikutip. Dengan cara permainan tersebut, ia telah menyebabkan aurat baginda terdedah sedikit. Dengan tiba-tiba, baginda merasakan satu tamparan dan satu suara yang meminta baginda untuk menurunkan kain baginda. Itu adalah menunjukkan satu teguran dari Allah kepada baginda. 

Kisah Kedua :

Pada satu ketika, Nabi dapat mengetahui bahawa satu keramaian akan diadakan, dan baginda ingin menghadirinya..(Keramaian tersebut berkemungkinan akan melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan dan sebenarnya keramaian tersebut tidak digalakkan untuk dihadiri)..Akan tetapi, nabi tidak mengetahui dengan terperinci berkenaan keramaian tersebut..
Sewaktu perjalanan baginda ke majlis tersebut, Allah mendatangkan rasa kengantukan yang amat sangat kepada baginda dan menyebabkan baginda tidak dapat meneruskan perjalanan dan singgah di satu tempat untuk tidur....dan seterusnya baginda terlepas menghadiri keramaian tersebut..

MasyaALLAH, Allah sangat menjaga setiap perilaku kekasih kita ini...Allahu Akbar...

Marilah kita sama-sama memperbanyakan selawat..Amalkan setiap sunnah baginda dalam setiap inci  kehidupan kita, sebagai tanda kita menyayangi baginda

"Dia mencintai kita sebelum wujudnya kita di muka bumi, adakah kita sudah membalasnya, jika sudah adakah kita mencintainya tanpa musim (setiap masa)?...Sungguh indah dan tinggi cintanya, mencintai dengan tidak melihat, mencintai dengan tidak mengenali, mencintai sehingga mati..ingatan yang tak pernah luntur.."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...