Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

A warm welcome to my humble space in cyberland. I hope you'll have a meaningful visit.
Assalamualaikum,

"Valentine Day" yang lebih dikenali sebagai "V-DAY" ini adalah satu sambutan yang HARAM bagi umat islam seluruh dunia...Tidak kira lah anda dari pelusuk mana sekalipun...Hukumnya tetap HARAM k...

Actually, entri kali ini ingin membawa anda semua untuk mengetahui beberapa versi yang boleh dikaitkan dengan sambutan merayakan V-Day ini

Versi pertama :

Ia dikaitkan dengan perayaan yang disambut sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. Saint Valentine merupakan orang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Pada 14 Februaru 1492 adalah kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap hari itu hari berkasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Versi kedua :

Menceritakan pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 FebruarI sebagai hari burung mencari pasangan mereka. Akhirnya mereka mengikut pebuatan burung tersebut dengan menjadikan tarikh tersebut sebagai hari mencari pasangan atau jodoh.

Versi ketiga :

Salah satunya untuk memperingati hari kematian paderi Kristian yang bernama Pedro Saint Velentine. Beliau aktif dalam menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom di bawah Raja Claudius II yang telah menangkap dan memenjarakan penganut-penganut Kristian termasuklah Pedro Saint Velentine. Semasa dalam penjara, beliau tetap menyebarkan ajaran Kristian kepada banduan-banduan. Raja Claudius II mengetahui kegiatannya itu dan mengeluarkan arahan supaya dihukum bunuh pada 14 Februari. Bagi penganut agama Kristian, beliau memandang mulia kepada Pedro Saint Velentine kerana sanggup mengorbankan nyawa demi kecintaannya kepada agama Kristian. Di samping itu, Pedro Saint Velentine juga telah jatuh cinta dengan anak seorang pegawai penjara. Sebelum dihukum bunuh beliau sempat mengirimkan kad kepada kekasihnya dengan menulis "daripada Valentine mu"

Actually, banyak lagi sejarah valentine nie...Tapik, for this time, I'm just attached 3 version only k..

Mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke 71, pada 22-24 November 2005, telah memutuskan bahawa amalan merayakan Velentine Day adalah "HARAM" kerana tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dalam Islam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...