C.I.N.T.A. A.L.L.A.H....Cinta Allah tak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai. Allah sentiasa menanti penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak kenal cinta ALLAH Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi.
Saya menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan sunat dan zikir. Hati saya sudah bertekad bahawa cinta ALLAH mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Allah penentu segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang hakiki. Dialah sumber inspirasi dan pemberi motovasi.
Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan rindu kepada-Nya dalam jiwa saya yang kosong ini. Saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna.
Saya yakin bahawa cinta Allah tak mengecewakan. Hanya bila tersemai semangat mencari cinta ALLAH dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Kudus dan suci. Sebab itulah pada usia ini, cinta ALLAH tak boleh dikongsi sesiapa.
-Credit to"Seindah Mawar Beduri" by Fatimah Syarha Mohd Noordin =)
0 comments:
Post a Comment